KUCHING, 16 Mei: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman tidak akan mempertahankan jawatannya bagi penggal 2025 hingga 2027.
Memetik laporan Suara Sarawak, beliau berkata, keputusan tersebut dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi bagi memberi peluang kepada individu layak.
“Saya tidak bertanding atau mempertahankan jawatan presiden nanti,” katanya.
Menurutnya, bola sepak Sarawak memerlukan barisan kepimpinan lebih berkaliber dan mampu membuat perubahan besar.
“Semua ahli gabungan menyedari perkara ini dan mereka mempunyai pilihan calon sesuai,” ujarnya.
Abang Zulkarnain menerajui tampuk kepimpinan FAS selepas menang tanpa bertanding bagi penggal 2023 hingga 2025.-TVS