Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Program Jelajah Malaysia Digital@Kuching di Tegas Digital Village, Kuching, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Perdana Menteri bakal rasmi KETEQ AI buatan Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Mei: Penukar kuasa pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia, KETEQ AI, bakal dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata peranti yang dibangunkan sepenuhnya oleh Sarawak itu kini dalam proses pendaftaran hak milik di bawah harta intelek (IP).

“Sejurus selepas kita peroleh pendaftaran IP peranti ini, saya mempelawa Perdana Menteri untuk merasmikan pelancarannya. Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Malaysia Digital@Kuching di Tegas Digital Village, di sini, hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Program Jelajah Malaysia Digital@Kuching di Tegas Digital Village, Kuching, hari ini. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata KETEQ AI mempunyai persamaan dengan Nvidia, syarikat perbadanan dan teknologi multinasional dari Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun Nvidia tidak menghasilkan cip, mereka cuma melakukan reka bentuk. Sekiranya ini berjaya, Sarawak akan bertaraf global,” tegasnya lagi.

Difahamkan, KETEQ AI direka dengan keupayaan luar biasa dari segi kecekapan tenaga, kebolehskalaan dan kepantasan tindak balas.

Peranti berteknologi tinggi itu mampu mengesan, meramal serta membetulkan anomali sistem secara autonomi dalam tempoh kurang satu persepuluh milisaat, menjadikannya antara yang terpantas di dunia dalam kategorinya.

Abang Johari menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu lonjakan besar dalam bidang elektronik kuasa dan sistem kawalan.

Pembangunan KETEQ AI bermula pada 23 April 2024, susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMD Semiconductor dan CSA Catapult di Parlimen United Kingdom.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan