Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain utama Kuching City FC-Miri

Rekod cemerlang skuad muda City Boys lebur

MIRI, 16 Mei: Impian skuad Piala Presiden Kuching City FC – Miri untuk meneruskan rentak kemenangan berkecai selepas tewas 3-1 kepada AMD B-17 di Padang Bola Sepak Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong, Miri pada Khamis.

Bintang pertahanan AMD, Izzudin Afif Nazarudin muncul wira selepas meledak hatrik pada minit ke-15, 45(+2) dan 81.

Memetik laporan Suara Sarawak, anak buah Mohamad Hakimi Man pada separuh masa pertama berjaya mengimbangi perlawanan selepas menjaringkan gol penyamaan menerusi ketua pasukan, Arif Iskandar Siri.

Bagaimanapun, kecerian tersebut hanya seketika selepas anak buah Amarul Mazar Mohamed terus mengasak kubu Kuching City FC – Miri.

Aksi seimbang diperaga pemain kedua-dua pasukan pada awal saingan.

Kuching City FC-Miri berpeluang untuk merapatkan jurang menerusi beberapa peluang yang dimiliki.

Biarpun kerap melancarkan serangan ke kubu pelawat namun Kuching City FC – Miri gagal mengubah kedudukan (3-1) hingga ke wisel penamat.

Ia merupakan kekalahan pertama tuan rumah selepas melalui empat perlawanan setakat ini.

Aksi seterusnya Kuching City FC-Miri akan menentang Sabah FC II di Stadium Penampang pada 21 Mei nanti.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan