Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Penjara Malaysia merancang untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan banduan terutama fabrik seperti batik, songket dan tenunan ke pasaran antarabangsa termasuk di Eropah. Foto Jabatan Penjara Malaysia

Jabatan Penjara rancang pasar produk fabrik ke luar negara

ByBernama

GEORGE TOWN, 15 Mei: Jabatan Penjara Malaysia merancang untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan banduan terutama fabrik seperti batik, songket dan tenunan ke pasaran antarabangsa termasuk di Eropah.

Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata produk-produk warisan yang dihasilkan banduan itu sangat berkualiti, dan sebelum ini turut mendapat permintaan di luar negara menerusi pameran dan ekspo yang dijalankan di sana.

“Produk-produk fabrik seperti batik, songket dan tenunan yang dihasilkan banduan atau prospek kita berkualiti serta mendapat permintaan bukan sahaja di dalam dan luar negara. Jadi, kita akan tingkatkan pemasaran di persada dunia. Sebelum ini kita sudah bawa ke beberapa negara luar.

“Kita nak pergi (bawa) ke Eropah dan negara-negara lain. Kami sedang cari ruang dan peluang itu dengan turut mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia untuk memasarkan produk-produk dari penjara yang lebih berkualiti ke persada dunia,” katanya semasa berucap pada Majlis Santapan Hi-Tea bersama isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Toh Puan Raja Noora Ashikin turut diperkenalkan produk-produk fabrik seperti batik, songket dan tenunan hasil tangan prospek serta turut diadakan persembahan fesyen daripada hasil warisan berkenaan.

Abdul Aziz berkata antara produk fabrik yang mendapat permintaan ialah Songket Dua Wajah yang mempunyai dua permukaan reka corak berbeza di depan dan belakang, yang memberi kelebihan kepada pemakai untuk menggayakan songket yang berbeza pada sehelai kain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan