Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek menyampaikan anugerah kepada penerima pada Majlis Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-54 Tahun 2025 di Kuching, hari ini. Foto TVS

Anugerah jadi inspirasi guru terus cemerlang

KUCHING, 15 Mei: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyeru agar pengiktirafan yang diberikan kepada para guru cemerlang menerusi Majlis Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 dijadikan sumber inspirasi untuk warga pendidik lain terus melonjakkan prestasi pendidikan negara.

Beliau berkata, setiap anugerah yang disampaikan bukan sekadar satu bentuk penghargaan, tetapi turut mencerminkan usaha serta dedikasi luar biasa guru dalam melaksanakan reformasi pendidikan di bilik darjah.

“Moga-moga dengan penganugerahan ini akan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

“Saya tekuni setiap anugerah dan ada anugerah yang memang saya minta untuk ditambah. Saya sendiri tidak sampai hati dan merasakan bahawa ada guru-guru yang perlu kita hargai.

“Akan ada penambahan pada tahun ini dan juga akan ada lagi, Insya-Allah, penambahan-penambahan yang akan kita umumkan esok,” katanya ketika berucap merasmikan majlis anugerah berkenaan di sini, hari ini.

Menurutnya, reformasi pendidikan bukan hanya tertumpu kepada dasar-dasar besar, sebaliknya bermula daripada ruang kelas menerusi interaksi guru dan murid yang memberikan kesan langsung terhadap keberkesanan pembelajaran.

“Anugerah ini diberikan kepada guru-guru berprestasi tinggi yang berjaya melaksanakan reformasi dengan impak nyata di dalam kelas masing-masing. Perubahan sebenar bermula dari interaksi harian di bilik darjah,” ujarnya.

Majlis berkenaan menyaksikan seramai 100 warga pendidik dari seluruh negara menerima pengiktirafan atas kecemerlangan masing-masing dalam pelbagai bidang.

Sebanyak enam kategori anugerah disampaikan meliputi Anugerah Khas Pendidikan, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Guru Ikon, Anugerah Guru Berwibawa, Anugerah Khas Bitara Bahasa dan Anugerah Khas Menteri Pendidikan.

Dalam majlis sama, turut dilancarkan Buku Karya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah inisiatif Hari Guru sebagai usaha mengetengahkan hasil penulisan dan pemikiran warga pendidik negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan