Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Pelancong ke Langkawi gunakan pesawat tidak perlu surat polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Sept : Individu yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 Sept ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam ciapan di laman Twitter berkata hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri tersebut sahaja perlu berbuat demikian.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, surat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya diperlukan sekiranya pelancong melalui jalan darat,” katanya.

Pada 9 Sept, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pulau peranginan di utara tanah air yang dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan itu adalah terhad kepada individu yang lengkap dos vaksin COVID-19.

— BERNAMA

Tags: #bm, langkawi, pdrm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan