Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan artis ternama termasuk Datuk Jamal Abdillah bakal membuat persembahan pada Kuching Music Festival pada hujung minggu ini.

Jamal Abdillah, Claudia Geres & Prodigy gegar Kuching Music Festival 2025

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 15 Mei: Barisan bintang tersohor tanah air bakal bersatu di satu pentas apabila Kuching Music Festival (KMF) 2025 kembali untuk edisi keduanya pada 17 dan 18 Mei ini, bertempat di lokasi ikonik Panggung Udara, Kuching.

Antara nama besar yang bakal menghangatkan festival termasuk Datuk Jamal Abdillah, Mal Imran, Firdaus Materang, Claudia Geres, Valerie Thiam, Chien NG dan Dell Lawrance, menjadikan KMF 2025 medan pertemuan epik antara generasi legenda dan bakat baharu.

Lebih istimewa, gabungan muzik pelbagai genre turut dijayakan oleh Orkestra Kuala Lumpur, kumpulan Prodigy serta kumpulan etnik fusion terkenal, Tuku Kame, yang bakal menghidangkan pengalaman muzik yang memukau dan mengangkat warna budaya tempatan.

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam kenyataan media, festival dua hari itu turut menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung dari segenap usia dan latar belakang.

Antaranya termasuk Glamping Festival 2.0, Food Bazaar, Sukan Rakyat, Demonstrasi Makanan Tradisional & Masakan Tempatan, Pameran Seni & Kraf Tradisional, serta Community Run x Daybreak. Kesemuanya menyatukan elemen hiburan, budaya dan komuniti.

“Festival ini menjadi platform untuk memperkenalkan bakat tempatan, menyemarakkan semangat perpaduan serta memperkukuh identiti pelancongan budaya Sarawak,” menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai dialu-alukan hadir dan meriahkan KMF 2025, sambil menikmati suasana santai, muzik berkualiti dan keunikan budaya tempatan yang pasti meninggalkan kenangan manis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan