Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kota Samarahan berusaha wujudkan zon bebas buaya – Idris Buang

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KOTA SAMARAHAN, SEPT 12: Dalam mengurangkan ancaman zon bebas buaya, Sarawak Crocodile Hunters (SCH) telah mewujudkan satu inisiatif untuk menguruskan populasi buaya bagi memastikan nelayan bebas untuk mencari hasil tangkapan di sungai tanpa risiko ancaman daripada buaya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Haji Idris Buang, usaha tersebut bagi memastikan golongan nelayan setempat bebas untuk mencari hasil tangkapan di sungai tanpa risiko serta menempatkan buaya yang telah ditangkap di kawasan khas untuk mengurangkan konflik antara manusia dan buaya.

“Buaya yang berada di satu zon khas yang diwartakan oleh undang-undang akan dijaga dengan baik.

“Sekiranya perkara ini tidak diuruskan secara teliti, ia akan menjadi satu masalah yang berpanjangan dan akan memberi kesan kepada penduduk sekitar kawasan Kota Samarahan terlebih lagi pada komuniti nelayan,” katanya pada satu sidang media setelah merasmikan Ralli Merdeka : Sarawak Merdeka dalam Malaysia di Marqas Operasi, Kota Samarahan pada Sabtu.

Dalam pada itu Idris telah mengemukakan beberapa cadangan mengenai pengurusan populasi buaya kepada kerajaan Sarawak.

Beliau yang juga merupakan penaung kepada Samarahan Crocodile Hunter (SCH) berharap agar pasukan tersebut dapat diserapkan dalam satu badan bertauliah mengikut undang-undang.

“Dengan itu, mereka akan mempunyai lesen dan permit sepenuhnya daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) serta menjadi badan yang membimbing nelayan darat untuk menjadi penternak buaya.” katanya lagi.

Malah beliau juga telah mendirikan sebuah markas operasi di kota samarahan dengan bertujuan sekiranya terdapat buaya dijumpai berdekatan dengan kawasan perumahan boleh melapor kejadian tersebut.

Pada masa yang sama, markas operasi tersebut berkhidmat sebagai pusat saluran untuk memberikan pertolongan dari segi pemakanan dan barang keperluan setiap hari kepada penduduk Kota Samarahan sekiranya penduduk berkenaan ditempatkan di zon Pusat Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) Diperketatkan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan