Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penemuan baharu dalam rawatan organ dan mengekalkan fungsi bagi kanser lidah oleh pasukan pakar USM telah mendapat pengkitirafan European Society for Radiotherapy and Oncology (ESTRO) 2025 di Vienna baru-baru ini. Foto,USM.

Penemuan baharu rawatan kanser lidah penyelidik USM diiktiraf antarabangsa

ByTVS

GEORGE TOWN, 14 Mei: Seorang penyelidik di Universiti Sains Malaysia (USM) yang menemui kaedah baharu dalam rawatan kanser lidah mendapat pengiktirafan antarabangsa di European Society for Radiotherapy and Oncology (ESTRO) 2025 di Vienna baru-baru ini.

USM dalam kenyataan berkata, Profesor Madya Dr. Gokula Kumar Appalanaido dan pasukannya telah dianugerahkan Sijil Abstrak Pencapaian Tinggi yang menempatkan ia dalam kalangan lima peratus teratas kertas yang terhasil di peringkat global.

“Pasukan itu telah melakukan penerokaan dalam abstrak kertas pembentangan bertajuk ‘Hybrid HDRIBT followed by IMRT (HyBIRT) technique for the definitive treatment of oral tongue SCC (OTSCC) – first in human prospective study’.

“Pendekatan HyBIRT adalah kaedah penemuan baharu dalam rawatan organ dan mengekalkan fungsi bagi kanser lidah yang mencerminkan kemajuan klinikal yang signifikan dalam pengaplikasian rawatan brakiterapi dan radioterapi.

“Ia telah dibangunkan, dilaksanakan dan pada masa ini dikenali dan diiktiraf serata dunia yang bermula di Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut menambah, pengiktirafan itu turut memperlihatkan USM mendahului bidang penyelidikan dan rawatan lanjutan berkaitan kanser, terutamanya dalam bidang brakiterapi.

“USM merupakan antara beberapa institusi di dunia yang telah dikenalpasti sebagai pusat kecemerlangan berprestij bagi rawatan brakiterapi kanser kepala dan leher oleh sebuah organisasi saintifik yang berpengkalan di Belanda, BrachyAcademy,” kata kenyataan itu lagi.

Penemuan dan membangunkan HyBIRT itu dijalankan oleh pasukan yang diketuai Gokula Kumar di Pusat Perubatan USM Bertam, Kepala Batas dekat sini.

Antara ahli lain yang terlibat termasuklah pakar bedah telinga hidung dan tekak (ENT), Profesor Madya Dr. Yusri Musa, Dr Ahmad Fakrurrozi Mohamad (pakar bedah mulut dan maksilofasial, OMF), Dr Jasmin Jalil (pakar onkologi klinikal) dan Profesor Madya Dr Mohd Zahri Abdul Aziz (pakar fizik perubatan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan