Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi merakam gambar kenangan selepas melawat Pejabat Agensi Pembangunan Wilayah Betong (BDDA)

BDDA komited perkasa pertanian

ByMahathir Haroun

BETONG, 15 Mei: Agensi Pembangunan Wilayah Betong (BDDA) terus komited memperkasa sektor pertanian yang merupakan antara sumber ekonomi utama masyarakat di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pemerkasaan tersebut termasuk menaik taraf jalan dan fasiliti pertanian.

“Kita tahu Betong merupakan antara kawasan tumpuan sektor pertanian.

“Jadi, kemudahan seperti jalan dan fasiliti adalah perlu untuk dinaik taraf bagi menyokong sektor ini,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Pejabat Agensi Pembangunan Wilayah Betong (BDDA) hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, Projek Pembangunan Bakul Makanan di Spaoh juga menjadikan Betong sebagai tumpuan dalam sektor pertanian.

Projek Pembangunan Bakul Makanan di Spaoh yang berfungsi sebagai Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) produk pertanian ternyata memainkan peranan penting dalam memajukan pembangunan pertanian tempatan.

Menurutnya, projek pembinaan dan menaik taraf jalan raya juga bakal dilaksanakan bagi meningkatkan perhubungan di seluruh Bahagian Betong.

“Begitu juga dengan pembinaan infrastruktur untuk kegiatan keusahawan, prasarana awam dan kompleks sukan yang turut dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman menjelaskan, setiap Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) perlu mengemukakan laporan prestasi dan rancangan projek setiap suku tahun.

“Ini untuk memastikan setiap projek dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan