ASAJAYA, Sept 12 : Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kesal dengan tindakan anggota penguat kuasa mengenakan kompaun ke atas dua buah hotel yang beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa kedua.
Menurutnya, di bawah fasa ini hotel – hotel dibenarkan untuk beroperasi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, dua buah hotel di Kuching telah dikenakan kompaun RM10,000.
“Kompaun tersebut akan memberi kesan kepada industri perlancongan di Sarawak.
“Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar pihak penguat kuasa melihat kembali SOP PPN Fasa kedua sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media setelah merasmikan Program Kembara Semarak Merdeka 2021 pada Sabtu.
Jelasnya, beliau akan mengemukakan perkara berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.