Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Ulang Tahun Ke-203 Daerah Bau, Sambutan Pesta Tasik Biru dan Perasmian Tasik Biru Resort City di Daerah Bau akan diadakan pada 15 hingga 18 Mei ini di Jalan Tasik Biru. Foto IPD Bau

Penutupan Jalan Tasik Biru Resort City sempena Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau

BAU, 14 Mei: Sambutan Ulang Tahun Ke-203 Daerah Bau, Sambutan Pesta Tasik Biru dan Perasmian Tasik Biru Resort City di Daerah Bau akan diadakan pada 15 hingga 18 Mei ini di Jalan Tasik Biru di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr Daram Ruer berkata, penutupan persimpangan jalan masuk ke kawasan Hypermarket Lepapa Bau dan Jalan Tasik Biru Resort City Bau akan dibuat mulai 15 Mei jam 6 pagi sempena Majlis Pesta Tasik Biru.

“Ia akan dibuka semula setelah selesai majlis penutupan.Orang ramai yang melalui kawasan Hypermarket Lepapa Bau menghala ke Jalan Tasik Biru dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan supaya tidak mengganggu kelancaran lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bau di talian 082-763311.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan