Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kepelbagaian kaum di Sarawak, tagih perpaduan kukuh setiap masa

ASAJAYA, 12 Sept : Rakyat Malaysia perlu terus mengukuhkan perpaduan yang wujud antara pelbagai suku kaum yang terdapat di negara ini, khususnya di Sarawak.

Generasi muda terutamanya perlu menghayati serta menghargai erti kemerdekaan negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya kemerdekaan adalah perkara bermakna dan perlu dipertahankan golongan muda yang merupakan waris kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu.

Beliau berkata menyedari kepentingan itu, kerajaan telah menganjurkan pelbagai program sempena Bulan Kebangsaan (Hari kebangsaan dan Hari Malaysia) untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada rakyat terutamanya golongan muda.

“Generasi sekarang sangat beruntung kerana mereka mewarisi kemerdekaan negara kita dan dapat hidup senang dan aman hasil perjuangan pemimpin dan rakyat terdahulu untuk mencapai kemerdekaan,” katanya ketika berucap melancarkan Program Kembara Semarak Merdeka 2021 di pekarangan Pejabat Daerah Asajaya, di sini, pada Sabtu.

“Perpaduan kaum sangat penting untuk mewujudkan pentadbiran efektif, kestabilan politik serta merancang dan menggerakkan pembangunan di negara dan negeri kita,” tambah beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan