Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis

5,831 penerima di Sri Aman dapat bantuan bulanan

ByMahathir Haroun

SRI AMAN, 14 Mei: Seramai 5,831 penerima bantuan bulanan di Sri Aman dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia membabitkan penyaluran bantuan berjumlah RM13 juta.

Malah menurutnya, seramai 100 orang menerima bantuan pada Majlis Sejambak Gawai Dayak di Sri Aman.

“Penerima ini menerima wang tunai RM100 dan hamper manakala mereka yang tidak hadir, sumbangan wang tunai RM100 akan dikreditkan ke akaun masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Gawai Dayak 2025 di Sri Aman hari ini.

Francis menjelaskan, majlis sejambak kasih adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

“Ia sekali gus memupuk semangat perpaduan dan menghidupkan suasana Hari Gawai yang bakal tiba,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan