Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media di Putrajaya di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Jemaah Menteri teliti kenyataan ICAO berhubung insiden MH17 – Fahmi

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 14 Mei: Jemaah Menteri hari ini telah meneliti kenyataan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang memutuskan Russia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa kenyataan maklum balas berhubung perkara itu akan dikeluarkan sama ada Khamis atau Jumaat ini.

“Jemaah Menteri telah teliti kenyataan dikeluarkan oleh ICAO, Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kooordinasi bersama Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh sehari atau dua hari lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

ICAO selaku agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mempertimbang bentuk pampasan yang wajar beberapa minggu akan datang.

Penerbangan Malaysia Airlines MH17 berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur pada 17 Julai sebelum ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine ketika pertempuran sengit antara puak pemisah pro-Russia dan tentera Ukraine.

Pada November 2022, dua lelaki Russia dan seorang lelaki Ukraine telah disabit bersalah oleh barisan hakim Belanda atas tuduhan membunuh. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan