Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lelaki diberkas ketika cuba menceroboh sebuah kedai barangan lusuh di Jalan Muara Tuang, Kota Samarahan, tengah malam tadi. Foto IPD Kota Samarahan

Tiga lelaki diberkas cuba ceroboh kedai barangan lusuh

KOTA SAMARAHAN, 14 Mei: Tiga lelaki diberkas ketika cuba menceroboh sebuah kedai barangan lusuh di Jalan Muara Tuang di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 36 tahun itu ditangkap Pasukan Ronda Cegah Jenayah Balai Kota Samarahan 12.45 tengah malam.

“Ketika melakukan rondaan pasukan rondaan terserempak dengan ketiga-tiga suspek sedang keluar dari pagar kawasan kedai barang lusuh tersebut.

“Ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian ditahan dan apabila disoal-siasat mereka mengaku baru keluar dari kawasan kedai tersebut untuk mencuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada sebarang rampasan barang kes dibuat kerana kesemua suspek tidak sempat mencuri.

“Ketiga-tiga suspek yang ditangkap dipohon reman di mahkamah pada hari ini untuk siasatan selanjutnya dan soal siasat akan diteruskan sepanjang tempoh tahanan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan