Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam dibawa ke FRU Unit 5 untuk upacara penghormatan terakhir. Foto, TVS.

Nahas FRU, mangsa selamat dikebumi

ByTVS

IPOH, 14 Mei: Tujuh anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU) beragama Islam yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, selamat dikebumikan pagi tadi.

Kesemua jenazah itu masing-masing dibawa ke tanah perkuburan di Ipoh, Gopeng, Batu Kurau Taiping dan Lunas di Kedah.

Sebelum itu ketujuh-tujuh jenazah disolatkan di Surau Ar Rahman, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Semua tujuh jenazah anggota beragama Islam itu kemudian dibawa ke FRU Unit 5 di Sungai Senam, di sini untuk upacara penghormatan terakhir mengikut istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua lagi anggota bukan Islam iaitu mendiang Sarjan S. Perumal dan mendiang Koperal Nurit Pandak juga menjalani istiadat itu.

Ketibaan jenazah diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Piychay dan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisham Nordin.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan