Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peneras arus internet di Sarawak deka dikemanah agi.

Internet sebagai hak asasi manusia, KKMM umum langkah seterusnya dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 11 Sept : Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan langkah kementerian itu dalam menjayakan aspirasi akses kemudahan Internet sebagai hak asasi manusia.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, Internet dan connectivity (kesalinghubungan) adalah human right (hak asasi manusia). Langkah KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) seterusnya akan menjurus ke arah menjayakan aspirasi ini. Saya akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Twitter rasmi beliau hari ini.

Pada 30 Ogos lepas, Annuar yang yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menekankan bahawa akses kepada kemudahan Internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas seperti pakaian, makanan dan tempat berteduh.

Beliau berkata akses Internet merupakan satu perkara keutamaan yang akan beliau beri perhatian ketika menerajui KKMM.

Beliau berkata selain program Jalinan Digital Negara (Jendela), akses kepada kemudahan Internet perlu dilihat secara keseluruhan kerana untuk menjadi sebuah negara maju dan moden, maka aspek kemudahan Internet dan berkaitan dengannya perlulah bertaraf dunia.

— BERNAMA

Tags: #bm, KKMM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan