Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Business Events, Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd., Yuhanis Latif ditemui selepas menghadiri Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto: Teo Chi Wei (TVS)

ICW Borneo 2025 perkasa industri pembinaan Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 13 Mei: Penganjuran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Kuching disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh industri pembinaan di Sarawak yang kian bertumbuh pesat.

Pengarah Business Events, Qube Integrated Malaysia Sdn. Bhd., Yuhanis Latif berkata, penganjuran ICW di Borneo bukan sahaja menjadi medan perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Malahan, katanya ia berperanan sebagai platform pelengkap menjelang ICW peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober ini sekali gus bertujuan untuk merangsang pertumbuhan pasaran pembinaan di Sarawak, yang dilihat semakin berkembang pesat ketika ini.

“Saya rasa sangat penting bagi setiap pemain industri untuk dididik mengenai teknologi terkini, terutamanya yang dibawa dari luar negara, atau dari Semenanjung Malaysia dan sebagainya.

“Jadi, ia adalah platform perkongsian pengetahuan yang akan memberi manfaat kepada semua industri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri ICW Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Selain itu, katanya, tema kelestarian dan pembangunan hijau menjadi fokus utama tahun ini, dengan harapan industri pembinaan akan lebih menekankan aspek pembangunan mampan dalam projek-projek mereka.

Beliau turut berharap BuildXpo dan ICW akan menjadi pusat sumber utama bagi pemilik projek dan pembeli dari seluruh dunia untuk mencari produk dan teknologi baharu dalam industri pembinaan pada masa hadapan.

“Kami berharap saiz pameran akan lebih besar, dengan lebih banyak pemain industri yang akan turut serta. Mereka juga diharap tidak takut untuk mempamerkan teknologi dan berkongsi mengenai apa yang telah dihasilkan serta mempromosikannya dalam kalangan pemain industri.

“Selain itu, kami juga berharap penyertaan daripada golongan muda, pelajar, golongan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah Yuhanis, lebih banyak pembeli juga diharapkan dapat diperkenalkan semasa ICW Kuala Lumpur pada Oktober nanti, dengan sasaran 30 pembeli tahun ini, yang akan dibawa bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dari pelbagai negara, selain turut melibatkan pembeli tempatan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found