Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara. Foto Media sosial

PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Mei: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh, termasuk kemungkinan beliau melarikan diri ke luar negara.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata setakat ini, pergerakan Pamela untuk ke luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa mereka menjalankan siasatan ke atas beliau.

Menerusi satu kenyataan hari ini, beliau berkata 27 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan setakat ini.

“Rakaman percakapan anak Pamela serta saksi (lain) akan diambil dalam tempoh terdekat dan sedang diatur oleh pihak Interpol,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata polis kemungkinan merekodkan keterangan tiga anak Pamela serta beberapa individu lain di Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan wanita berkenaan.

Rusdi berkata pihaknya juga akan memanggil semula suami Pamela, Datuk Seri Hah Tiing Siu untuk direkod keterangan buat kali kedua sekiranya perlu.

Pada 9 April lepas, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan. Polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan