Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menyifatkan rundingan damai Rusia-Ukraine yang akan datang di Türkiye sebagai “sangat penting,” sambil menambah bahawa “perkara baik boleh terhasil daripada pertemuan itu,” Foto AFP

Pertemuan Rusia-Ukraine di Türkiye “sangat penting” – Trump

ByBernama

ISTANBUL, 13 Mei: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menyifatkan rundingan damai Rusia-Ukraine yang akan datang di Türkiye sebagai “sangat penting,” sambil menambah bahawa “perkara baik boleh terhasil daripada pertemuan itu,” lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pertemuan Khamis ini antara Rusia dan Ukraine sangat penting,” kata Trump dalam sidang media. “Saya sangat menekankan agar pertemuan itu diadakan.”

Pemimpin AS itu turut melahirkan harapan terhadap hasil positif rundingan itu dengan berkata: “Saya fikir perkara yang baik boleh terhasil daripada pertemuan itu.”

Trump menekankan kos kemanusiaan akibat konflik berterusan itu, yang disifatkannya sebagai “bentuk peperangan yang baharu sepenuhnya” serta “amat ganas dan kejam.”

Beliau menggesa agar pertumpahan darah dahsyat itu ditamatkan segera, sambil menegaskan bahawa askar yang terbunuh “bukan askar Amerika” tetapi manusia “yang sedang dibunuh pada tahap yang tidak pernah kita saksikan sejak Perang Dunia Kedua.”

Rundingan damai dijadual berlangsung di Istanbul, Türkiye, dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk menerima cadangan Moscow bagi menyambung semula rundingan.

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan pula menyambut baik sokongan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin, untuk memulakan semula proses damai dari titik yang tertangguh di Istanbul, sambil menegaskan komitmen Türkiye terhadap usaha perdamaian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan