Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain Thailand Tanaphon Sapyen (kanan) dan pemain Malaysia Muhammad Noraizat Mohd Nordin (kiri) dalam perlawanan akhir acara beregu ASTAF Sepak Takraw Asian Cup Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa pada Isnin. Foto Bernama

Sepak takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Hasrat Malaysia untuk meraih kejuaraan berganda tidak kesampaian apabila tewas kepada musuh tradisi, Thailand, dalam acara double pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Malaysia yang diwakili gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Bagaimanapun, Thailand yang membariskan Sirisak Analoon dan Tanaphon Sapyen yang menggantikan Boonkom Tipwong, bangkit menguasai set kedua dengan 15-10 sebelum melengkapkan kemenangan dengan 15-12.

Kekalahan malam tadi menyaksikan Malaysia masih belum berjaya menjinakkan gergasi sepak takraw dunia itu, selepas tewas dalam saingan peringkat kumpulan pada Sabtu lepas.

Terdahulu, Malaysia muncul juara acara kuadran selepas mengecewakan Jepun 2-0. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan