Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika melawat Pejabat SADA hari ini.

SADA pemacu pembangunan strategik Sri Aman

ByMahathir Haroun

SRI AMAN, 12 Mei: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) memainkan peranan penting untuk memastikan projek dirancang dilaksanakan secara efisien.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini untuk memastikan setiap projek siap mengikut jadual dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Adalah penting untuk semua Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) menjalinkan kerjasama padu dengan agensi pelaksana dan pemantau bagi memastikan projek dirancang siap mengikut jadual,” katanya ketika melawat dan mendengar taklimat di Pejabat SADA hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, penubuhan jawatankuasa khas RDA juga menjadi pemangkin kepada perkhidmatan lebih cekap dan berkesan.

“Ia selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dan bandar secara seimbang,” ujarnya.

Pada masa sama menurutnya, semua kontraktor yang menerima Surat Lantikan (LOA) perlu memulakan kerja lapangan dalam tempoh 30 hari.

“Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan pembangunan wilayah dilaksanakan secara cekap dan berimpak tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, SADA memainkan peranan sebagai pemacu utama pembangunan strategik di Sri Aman yang meliputi Daerah Sri Aman, Pantu, Lingga dan Lubok Antu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan