Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini. Foto Kerajaan Negeri Pahang (FB)

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas

ByBernama

KUANTAN, 12 Mei: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni keluarga kanak-kanak perempuan yang ditemukan lemas ketika beriadah di muara Sungai Balok di sini.

Keberangkatan baginda ke rumah Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain,7, yang terletak di Sungai Ular di sini, diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Baginda berdua amat bersimpati dengan kejadian tersebut dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 5 petang Sabtu lepas ketika Masitah Latipah Adam, 42, membawa anak-anaknya termasuk Nur Afia Ramadhannie untuk beriadah dan mencari kepah di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, anak ketujuh daripada lapan beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemukan lemas beberapa jam kemudian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan