Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

OKU antara korban COVID-19 di Sarawak pada Sabtu

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING : Seorang wanita warga emas berusia 66 tahun dari Sibu yang menghidap Sindrom Otak Organik dengan Sindrom Lobus Depan merupakan salah seorang daripada 10 orang yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Sarawak pada hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya menyebut rekod kematian pada hari ini melibatkan pesakit berusia antara 48 hingga 89 tahun dan mempunyai sejarah penyakit.

Sarawak hari ini secara keseluruhannya mencatatkan 3,743 kes di mana 81.49 peratus atau 3,050 kes adalah daripada Kategori Satu, 685 kes daripada Kategori Dua, satu kes masing-masing daripada Kategori Tiga dan Empat manakala enam kes adalah daripada Kategori Lima.

Daerah Kuching merekodkan 1,405 kes diikuti Sibu dengan 420 kes, Bintulu 311, Samarahan 214, Bau 158, Sri Aman 146 dan Miri 122 kes.

Terdapat dua kluster komuniti baharu diisytiharkan pada hari ini iaitu Kluster Sungai Sawa dan Kluster Nansang Wak, kedua-duanya terletak di Pakan.

Daripada 74 individu yang disaring dalam Kluster Sungai Sawa, 50 peratus daripada mereka disahkan positif manakala Kluster Nansang Wak pula menyaksikan seramai 41 daripada 102 individu yang menjalani saringan didapati positif.

Berikutan tiada kes baharu dikesan dan dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas, sebanyak enam kluster telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster Lunyim di Telang Usan, Kluster Tembok Miri di Miri, Kluster KINDA KM18 di Bintulu, Kluster Jalan Airport di Kuching, Kluster Kampung Sebat Melayu di Lundu, dan Kluster Jalan Datu Abang Abdul Rahim di Kuching.

JPBN Sarawak turut memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 20 lokasi, yang terletak di Sri Aman, Bintulu, Tatau, Pusa, Pakan, Sarikei dan Betong.

PKPD di Rumah Ngilah, Bara dan Rumah Sambun, Nanga Kesit diLubok Antu, Rumah Gindu, Lubau Baru di Betong, Kampung Hilir di Beladin, Pusa dan Kampung Keranji di Lundu pula dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Manakala PKPD di lapan lokasi yang melibatkan daerah Saratok, Lundu, Bau, Betong dan Belaga telah diisytiharkan tamat pada hari ini.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan sebanyak 25 kompaun telah dikeluarkan atas berbagai kesalahan, iaitu gagal mengimbas kod QR MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (18), tidak memakai pelitup separuh muka (3), keluar dari pusat kuarantin tanpa kebenaran (2), dan pemilik premis membuka premis di bawah ‘negative list’ (2).

Sementara itu, Majlis Bandaraya Miri telah mengeluarkan sebanyak lima kompaun, Majlis Perbandaran Kota Samarahan dan Majlis Daerah Sarikei masing-masing mengeluarkan satu kompaun atas kesalahan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan dan tidak mendaftar MySejahtera atau menulis maklumat dalam buku daftar.

Tags: #bm, #COVID19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan