Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki peribumi paling ramai bunuh diri di Sarawak

BySteward Dawi

KUCHING : Kes bunuh diri dan cubaan bunuh diri semakin meningkat di Sarawak sejak kebelakangan ini.

Berdasarkan data daripada Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (OCCI), sebanyak 73 kes dilaporkan sepanjang tahun 2020, yang terdiri daripada 49 kes bunuh diri dan 24 kes cuba bunuh diri.

Daripada jumlah tersebut, 51 kes membabitkan kaum lelaki dan lebih 94 peratus mangsa adalah yang berumur lebih 18 tahun.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail

Pecahan mengikut kaum menunjukkan kaum peribumi Sarawak paling ramai membunuh diri iaitu 37 kes atau 50 peratus, diikuti kaum Cina dengan 19 kes atau 26 peratus.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, penyumbang utama kepada kes bunuh diri pada tahun 2020 adalah masalah tekanan perasaan atau kemurungan yang mencatatkan sebanyak 10 kes manakala 18 kes tidak diketahui sebab dan punca sebenar.

“Manakala bagi kes cuba bunuh diri pula, punca utama adalah masalah kemurungan sebanyak tiga kes diikuti masalah keluarga dan perselisihan faham, masing-masing mencatatkan tiga kes,” katanya ketika dihubungi pemberita TVS pada hari ini.

Sementara itu, jelasnya, sepanjang tahun 2021 hingga 8 September 2021, sebanyak 84 kes dilaporkan dengan pecahan 51 kes bunuh diri dan 33 kes cuba bunuh diri.

“Daripada  jumlah itu, 63 kes membabitkan kaum lelaki, dan lebih 88 peratus mangsa adalah yang berumur lebih 18 tahun.

“Pecahan mengikut kaum pula menunjukkan kaum peribumi Sarawak seramai 46 orang menyumbang kepada jumlah kes tertinggi, diikuti kaum Cina sekitar 27 peratus atau 23 kes,” jelas Aidi.

Beliau menambah, masalah tekanan perasaan atau kemurungan merupakan punca utama bagi kes bunuh diri padatahun 2021 yang mencatatkan 12 kes diikuti 11 kes yang tidak diketahui punca dan sebab.

Manakala bagi kes cuba bunuh diri pula, punca utama adalah masalah kemurungan dan perselisihan faham, iaitu masing-masing mencatatkan lapan kes pada tahun 2021.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan