Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 14 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah mereka terbakar di Kampung Sungai Rait, Miri, hari ini. Foto JBPM

14 penghuni tinggal sehelai sepinggang

MIRI, 12 Mei: Seramai 14 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah mereka terbakar di Kampung Sungai Rait, Miri hari ini.

Komander Operasi, Abdul Rahman Rosliee berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.22 pagi dan menggerakkan 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dibantu BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur separuh kekal yang terbakar keseluruhan.

“Sebuah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pihak bomba menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan nozel menggunakan sumber air dari tangki jentera.

“Operasi overhaul dilakukan bagi memastikan kebakaran dipadam sepenuhnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan