Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas memukul gong sebagai simbolik perasmian Majlis Pra Gawai 2025 anjuran PBB Cawangan Kakus. Foto Suara Sarawak

Fahami keperluan, corak kehidupan masyarakat

BINTULU, 12 Mei: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kakus perlu lebih proaktif dalam memahami keperluan dan corak kehidupan masyarakat.

Memetik laporan Suara Sarawak, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia penting untuk memastikan dasar dan bantuan kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat disalurkan secara lebih berkesan.

Menurutnya, pendekatan tersebut penting supaya setiap keputusan berkaitan pembangunan dan kebajikan tidak dibuat secara rambang sebaliknya berpandukan data serta realiti di peringkat akar umbi.

“Saya minta rakan-rakan kita di PBB Kakus memahami corak masyarakat kita di sini. Bukan sahaja dalam PBB tetapi juga rakan-rakan dalam GPS.

“Kita tidak akan tahu keperluan sebenar masyarakat jika tiada kajian dibuat. Sekiranya sesuatu perkara boleh dibantu oleh kerajaan GPS, kita perlu tahu bagaimana untuk menyalurkannya dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pra Gawai 2025 anjuran PBB Cawangan Kakus di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Uggah mencadangkan PBB Cawangan Kakus supaya melaksanakan kajian mikro dan analisis sosial bagi mengenal pasti kumpulan sasar seperti petani, pelajar, golongan bekerja dan mereka yang hidup dalam kemiskinan.-TVS

Uggah turut mencadangkan agar PBB Cawangan Kakus mencontohi pendekatan yang telah dilaksanakan di kawasan Betong, di mana kajian mikro dan analisis sosial dilaksanakan bagi mengenal pasti kumpulan sasar seperti petani, pelajar, golongan bekerja serta mereka yang hidup dalam kemiskinan.

Tags: Kakus, pbb, rakyat

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan