Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Hanya dua wakil Malaysia mara ke pusingan ketiga kejohanan skuasy dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Hanya dua wakil negara berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Kejohanan yang berlangsung di University Club of Chicago itu menyaksikan pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari yang menjadi pilihan ketujuh kejohanan menewaskan Sana Ibrahim dari Mesir 11-4, 11-6, 5-11, 11-5.

Menanti Sivasangari yang berada di ranking kesembilan dunia itu pemain tuan rumah Amanda Sobhy yang mengecewakan wakil Mesir Kenzy Ayman 11-4, 11-3, 11-4 dalam satu lagi pusingan kedua.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara yang juga pemain nombor 10 dunia Ng Eain Yow berjaya meneruskan momentum kecemerlangannya apabila mudah mengetepikan wakil Pakistan Muhammad Asim Khan 11-4, 11-2, 11-4.

Eain Yow yang merupakan pilihan ke-10 dijangka berdepan cabaran sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir di pusingan ketiga.

Nasib berbeza bagi Rachel Arnold yang ditunjukkan jalan pulang selepas ditewaskan pemain nombor empat dunia Olivia Weaver 5-11, 2-11, 13-11, 5-11 selain Aira Azman turut pulang awal selepas dikecewakan pemain Mesir Salma Hany 6-11, 10-12, 4-11. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan