Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
国家元首苏丹依布拉欣和元首后拉惹查丽苏菲雅,在脸书专页祝愿全国佛教徒——卫塞节快乐。

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Seri Paduka Baginda bertitah hubungan erat antara kaum bukan sahaja menjadi asas kekuatan negara malah tunjang perpaduan.

“Dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, keharmonian tercipta apabila kita saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Bersama-sama kita membina masa depan yang lebih aman, bersatu-padu serta makmur. Selamat Hari Wesak diucapkan kepada semua penganut agama Buddha di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Hari Wesak disambut penganut Buddha hari ini sebagai menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha, iaitu kelahirannya, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan