Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Bulatan Samalaju, Bintulu malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera dalam kemalangan kendiri

BINTULU, 12 Mei: Seorang lelaki cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Bulatan Samalaju di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Alvines Lai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

“Kemalangan jalan raya kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza. Terdapat dua mangsa berjaya keluar dari kenderaan.

“Seorang mangsa mengalami luka terbuka di bahagian kaki. Seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar oleh orang awam ke Klinik Nyalau untuk rawatan susulan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan