MIRI, 11 Mei: Sebuah bengkel motosikal tiga tingkat di Jalan Duranta di sini, terbakar petang tadi.
Komander Operasi, Robinson Anyie Danyin berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.50 petang dan menggerakkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan BBP Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal tiga tingkat yang terbakar 70 peratus.
“Kebakaran berlaku di tingkat satu bangunan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihak bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hos 100 kaki, satu nozel dari pam jentera.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” ujarnya.-TVS