Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba memeriksa bangunan sebuah hotel di bandar raya George Town selepas menerima aduan berlaku gegaran susulan kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia hari ini. Foto JBPM Pulau Pinang.

Bomba terima dua laporan gegaran di Pulau Pinang

ByTVS

GEORGE TOWN, 11 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima dua laporan gegaran berikutan kejadian gempa bumi bermagnitud 5.9 yang melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 4.57 petang hari ini.

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan tersebut daripada penduduk di sebuah flat di Taman Selatan, Jelutong dan sebuah hotel di bandar raya ini sekitar pukul 5.15 petang.

“Bomba menghantar jentera ke lokasi untuk pemantauan dan Komander Operasi melaporkan, lokasi tersebut berada dalam keadaan selamat dan tiada berlaku kerosakan struktur,” Katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk di beberapa tempat dan bangunan tinggi di negeri ini di Seberang Perai dan bahagian pulau turut mengadu merasai gegaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa bumi sederhana telah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 4.57 petang.

MetMalaysia turut memaklumkan, gempa bumi berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Meulaboh, Indonesia berkedalaman 74 km.

Menurut kenyataan itu, insiden tersebut tidak menyebabkan ancaman Tsunami kepada Malaysia.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan