Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 33 kes khianat dengan menyimbah cat di tiga negeri selepas memberkas empat lelaki disyaki ahli sindiket ah long menerusi operasi di sini semalam. Foto, PDRM Pulau Pinang.

Sindiket ah long terlibat 33 kes simbah cat di tiga negeri tumpas

ByTVS

GEORGE TOWN, 11 Mei: Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 33 kes khianat dengan menyimbah cat di tiga negeri selepas memberkas empat lelaki disyaki ahli sindiket ah long menerusi operasi di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek berusia antara 34 hingga 42 tahun itu dipercayai terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen di samping melakukan kegiatan khianat tersebut ke atas rumah mangsa.

“Hasil soal siasat mendapati, mereka mengaku terlibat dalam kes simbah cat di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

“Pemeriksaan di telefon bimbit yang dirampas turut menemukan 33 alamat sasaran lokasi kejadian yang disyaki dilakukan suspek di lokasi berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dan lima buah telefon bimbit daripada suspek bagi membantu siasatan.

Katanya, turut dirampas beberapa barangan termasuk sekeping kad Touch N Go, nota ugutan bayaran hutang (tiga), pita pelekat (dua), pen penanda (dua), kertas bersaiz A4 (satu), nombor pendaftaran palsu kenderaan (dua) dan topeng muka (satu).

Antara barangan lain ialah sebuah topi keledar, baju dan seluar (lapan), tin cat berwarna merah (satu), tin ‘thinner’ (satu), bungkusan beg plastik (satu) dan bungkusan beg getah (satu).

Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan