Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru rakyat Sarawak khususnya mengamalkan sikap toleransi dan belas kasihan antara satu sama lain. Foto Astana Negeri Sarawak

Amalkan toleransi dan belas kasihan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 11 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggesa rakyat Sarawak mengamalkan sikap toleransi dan belas kasihan antara satu sama lain.

Dalam ucapan sempena Perayaan Hari Wesak, Tun Wan Junaidi mengajak semua untuk merenung nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, toleransi serta belas kasihan terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya amat berbangga dengan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama yang terus subur di bumi Sarawak.

“Marilah kita terus memelihara keharmonian ini sebagai asas kepada kemajuan dan kestabilan negeri yang kita cintai,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap sambutan Hari Wesak disambut dengan penuh makna, dalam suasana aman dan saling hormat-menghormati.

Menurutnya, Hari Wesak adalah bertujuan memperingati kelahiran, pencerahan dan kewafatan Siddhartha Gautama, Buddha.

“Ia mengajak kita semua untuk merenung nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, toleransi dan belas kasihan terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan