Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerima cenderamata daripada Ramlee Tuah. Foto TVS

Sarawak kini destinasi pelancongan permotoran Kepulauan Borneo

KUCHING, 11 Mei: Penganjuran International Bike Gathering 2025 yang memasuki edisi kedua menyaksikan Sarawak kini adalah tumpuan dan destinasi baharu pelancongan permotoran khasnya di Kepulauan Borneo ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, edisi kedua tahun ini juga menyaksikan Kuching menjadi destinasi pertemuan lebih dari 1,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang mewakili 62 kelab motosikal termasuk dua dari negara jiran iaitu Kalimantan Barat, Indonesia dan juga Brunei Darussalam.

Tambahnya lagi, acara seumpama itu juga dilihat berjaya merancakkan ekonomi pelancongan tempatan menerusi sektor penginapan, makanan, cenderamata dan perkhidmatan sokongan.

“Seperti yang kita tunjukkan, kita menjemput penunggang motosikal untuk ke Kampung Bako dan di situ terdapat banyak produk pelancongan

“Ada tujuh produk, kita ada Taman Negara Bako, Pulau Lakir, Sungai Bako, Kampung Nelayan Bako dan juga produk Belacan Bako, inilah maksud sebenar pembangunan pelancongan yang inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam 2nd Sarawak International Bike Gathering 2025 yang diadakan di parkir letak kereta Pasaraya Hypermarket di Petrajaya pada Sabtu.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut menyokong acara seumpama itu melalui suntikan dana bernilai RM 300,000.

Selain menjadi medan pertemuan dan bertukar-tukar fikiran mengenai motosikal, perjumpaan selama tiga hari yang bermula pada Jumaat lalu turut menyelitkan pelbagai aktiviti bersandarkan seni dan budaya setempat, antaranya persembahan Tarian Etnik Orang Ulu dan pertunjukan Gendang Melayu Sarawak

Hadir sama di majlis makan malam itu Presiden Borneo Island Big Bikers (BIBB) Sarawak, Ramlee Tuah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohd Sardon Zainal dan Yang Dipertua Kelab Motosikal PEMODA, Pengiran Razuan Pengiran Ahmad-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan