Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee menyampaikan geran khas Kerajaan Sarawak kepada Jawatankuasa Surau Darul Taqwa Sungai Endot. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Surau Kampung Sungai Endot dinaik taraf

KABONG, 10 Mei: Surau Kampung Sungai Endot bakal dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan jemaah dan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek naik taraf itu yang bernilai RM460,000 akan dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui pelaksanaan Notis Perubahan (NOC).

Menurutnya, pelaksanaan NOC melibatkan perubahan pada tajuk projek dan skop kerja yang akan dilaksanakan demi memastikan keperluan penduduk setempat dapat dipenuhi secara lebih berkesan.

“Tujuan asal untuk membina surau baharu di kawasan ini tidak dapat direalisasikan. Oleh itu, pendekatan naik taraf melalui NOC dipilih selepas perbincangan bersama-sama ahli jawatankuasa pengurusan surau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa pengurusan Surau Darul Taqwa Kampung Endot, semalam.

Dato Mohd Chee menjelaskan projek tersebut dijangka memberikan manfaat besar kepada penduduk dengan menyediakan kemudahan beribadah lebih moden dan selesa.

Katanya, usaha tersebut selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan taraf rumah ibadat di kawasan luar bandar.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan geran projek khas Kerajaan Sarawak berjumlah RM3,000 kepada jawatankuasa pengurusan surau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan