Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta dipandu wanita terperosok di bawah lori treler membawa muatan kayu balak di simpang Tr Jamban, Nanga Lebai, Jalan Selangau-Sibu, malam tadi. Foto BBP Selangau

Wanita cedera kereta langgar lori balak

SELANGAU, 10 Mei: Seorang wanita berusia 46 tahun cedera selepas kereta dinaiki berlanggar dengan lori balak di simpang Tuai Rumah Jamban, Nanga Lebai, Jalan Selangau-Sibu di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.36 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati sebuah kenderaan Perodua Bezza berlanggar dengan lori balak.

“Terdapat seorang mangsa wanita tersepit tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau bagi mendapat rawatan.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak membuat semburan bagi membersihkan sisa kemalangan dan memastikan jalan raya selamat digunakan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan