Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara MSWCP dan UNIMAS bagi Pelaksanaan Strategik Terapi Maggot dalam Pengurusan Luka di Sarawak. Foto TVS

Terapi ulat bantu rawat luka diabetes, Sarawak mulakan langkah progresif

ByRegina Lee

KUCHING, 9 Mei: Sarawak bakal menjadi antara negeri terawal di rantau ini yang melaksanakan terapi ulat atau ‘maggot therapy’ secara sistematik dan terkawal dalam rawatan luka kronik, terutamanya ulser kaki akibat diabetes.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan melalui pemeteraian Surat Hasrat (LOI) antara Persatuan Profesional Penjagaan Luka Malaysia (MSWCP) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari ini.

“Terapi ulat ialah satu kaedah rawatan yang berasaskan sains, kos efektif, dan terbukti mempercepatkan penyembuhan, terutamanya dalam luka diabetes kronik.

“Pelaksanaannya akan dibantu penyelidik dan pendidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan kualiti klinikal dan pematuhan kepada amalan terbaik,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng pada majlis perasmian Persidangan Luka Antarabangsa D-Foot ke-3 2025 di sini, hari ini.

Tegas Dr Sim, Sarawak kini sedang membina sistem penjagaan luka yang berfokuskan pesakit, digerakkan oleh komuniti dan disokong secara profesional, sambil menyeru agar semua pihak berganding bahu untuk mengurangkan amputasi, mengembalikan mobiliti serta memperbaiki kualiti hidup pesakit.

Beliau turut memuji usaha berterusan MSWCP melalui Program Kebajikan Kejururawatan Rumah Percuma yang telah menjangkau komuniti paling terdedah di seluruh negeri.

“MSWCP bukan sahaja memberi rawatan luka percuma terus ke rumah pesakit, tetapi juga mengedarkan Kit Penjagaan Luka ke seluruh negara dan luar negara.

“Ia membuktikan komitmen mereka dalam memperkasa penjagaan luka bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global,” katanya lagi.

Persidangan Luka Antarabangsa D-Foot ke-3 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 10 Mei ini menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa dalam bidang perubatan, khususnya berkaitan penjagaan luka kronik dan diabetes untuk berkongsi kepakaran, inovasi dan strategi penjagaan pesakit yang lebih efektif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan