Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee Kadir bersama pelajar cemerlang SPM SMK Kabong yang diraikan pada Khamis malam. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

20 pelajar SPM cemerlang SMK Kabong terima ganjaran, jadi inspirasi generasi muda

KABONG, 9 Mei: Seramai 20 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menerima ganjaran berupa wang tunai dan tablet dalam satu majlis penghargaan yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong, malam tadi.

Ganjaran tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih dan dedikasi para pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan daerah ini.

Dalam ucapannya, Mohd Chee berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras, ketekunan dan sokongan padu semua pihak termasuk guru serta ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan dorongan.

“Saya amat gembira dan bersyukur dengan pencapaian semua pelajar ini. Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa, ” katanya.

Beliau turut berharap agar pencapaian itu menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

Beliau juga menzahirkan sokongan penuh terhadap segala usaha dan aktiviti sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi akademik serta pembangunan sahsiah pelajar di kawasan DUN Kabong.

“Saya menyeru semua pelajar agar sentiasa berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Ingatlah, kejayaan hari ini adalah hasil usaha semalam, dan kejayaan masa depan bermula dengan langkah hari ini,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan