Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Cubaan seludup dadah RM380,000 gagal, lelaki ditahan di Lapangan Terbang Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 8 Mei: Polis Daerah Miri berjaya menumpaskan satu cubaan membawa masuk dadah ke negeri ini selepas menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di Lapangan Terbang Miri pada 6 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak dan pasukan polis IPD Miri, berdasarkan maklumat awam.

“Sebahagian pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Narkotik IPK Sarawak telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 20 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Penahanan dibuat pada jam lebih kurang 3.30 petang di balai ketibaan Lapangan Terbang Miri,” katanya pada sidang media di IPD Miri hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek mendapati terdapat satu kotak berwarna perang yang mengandungi makanan ringan di bahagian atas, manakala bahagian bawah tersembunyi bahan disyaki dadah.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kotak tersebut mengandungi 10,561 gram dadah jenis Methamphetamine dan 120 pod mengandungi cecair disyaki dadah jenis MDMA seberat 986 gram,” ujarnya.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM380,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

ACP Mohd Farhan turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah, khususnya pengedaran dadah.

“Kita sangat mengharapkan maklumat daripada orang awam untuk membantu pihak polis. Ini bukan kali pertama kes dikesan di Lapangan Terbang Miri.

“Kita akan memperketatkan kawalan dengan kerjasama agensi-agensi lain bagi memastikan daerah ini tidak dijadikan lokasi persinggahan atau pintu masuk dadah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan