Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kereta yang remuk teruk selepas terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass, hari ini. Foto JBPM

Remaja cedera tersepit selepas kereta terbabas langgar pokok di Tuaran Bypass

ByTVS

KOTA KINABALU, 8 Mei: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi berhampiran bilik pameran kereta itu, mangsa dipercayai memandu seorang diri sebelum hilang kawalan lalu terbabas sendiri.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas yang tiba di lokasi mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Pasukan bomba membuat kerja memotong kereta (RTA) dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut.

Operasi diketuai PBK II Lawrence Matusin dengan kekuatan lapan anggota, bersama dua petugas KKM dan dua anggota polis. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.05 pagi selepas memastikan lokasi selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan