Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW Tahun 2025, pada Khamis. Foto TVS

Zahid cadang KKDW rangka pelan pembangunan belia desa

ByTVS

PUTRAJAYA, 8 Mei: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar pembangunan belia luar bandar diberi tumpuan serius supaya mereka bukan sahaja celik digital, tetapi juga berpendidikan, berkemahiran, dan mampu bersaing di peringkat global.

Beliau berkata, belia luar bandar merupakan aset strategik negara yang harus digilap dan diberi ruang serta peluang untuk berkembang melebihi batas desa.

“Saya mencadangkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merangka pembangunan belia desa – belia yang bukan hanya celik digital, tetapi juga berpendidikan, mempunyai skil berkemahiran, dan mampu beradaptasi dalam apa jua keadaan.

“Kita mahu satu hari nanti lahirnya Hab Gig Desa yang membuka peluang pekerjaan baharu, Duta Belia Desa yang menjadi suara generasi baru, serta Program Pertukaran Belia Desa ASEAN yang membawa belia kita menimba ilmu dan pengalaman di pentas antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW Tahun 2025, pada Khamis.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan, walaupun kerajaan telah memperuntukkan RM500,000 untuk Kursus Kecemerlangan Belia Luar Bandar, langkah lebih berani perlu diambil bagi membina masa depan mereka.

“Itu tidak memadai. Kita perlu fikir lebih jauh dan bergerak lebih berani,” tegas beliau sambil menyarankan agar satu pelan pembangunan belia desa dirangka oleh KKDW dengan kerjasama semua agensi di bawah kementerian,” tambahnya.

Menurutnya lagi, lebih 70 peratus tenaga kerja negara pada masa depan terdiri daripada golongan muda, justeru apa jua dasar yang digubal hari ini akan membentuk wajah Malaysia akan datang.

“Kita tidak boleh biarkan mereka terus selesa dalam kepompong perdesaan.

“Mereka perlu digerakkan untuk meneroka dunia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan