KUCHING, 8 Mei: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Kuching komited memperluaskan program kesedaran teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator luaran automatik (AED) dalam kalangan komuniti setempat.
DBKU dalam kenyataan menyatakan, usaha tersebut dibuktikan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak baru-baru ini.
” MoU ini memfokuskan kepada dua komponen utama iaitu ceramah kesedaran CPR dan AED dalam kalangan komuniti.
“Bengkel latihan asas teknik dan AED di institusi pendidikan termasuk sekolah rendah, menengah, kolej dan sebagainya,” menurut kenyataan tersebut.
Jelas kenyataan tersebut, ceramah kesedaran CPR dan AED, DBKU menegaskan ia akan dijalankan dalam empat fasa utama.
“Fasa pertama merangkumi semua warga dan kakitangan di bawah DBKU diikuti fasa kedua bersama-sama sektor awam di bawah kawasan DBKU,” jelas kenyataan tersebut,
Untuk fasa ketiga pula melibatkan sektor swasta di bawah kawasan DBKU dan yang terakhir akan melibatkan warga komuniti DBKU itu sendiri.-TVS