Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SHEDA gesa kerajaan Sarawak kecualikan bayaran sumbangan modal kepada SEB

ByOdleen Catherny

KUCHING : Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) menggesa Kerajaan Negeri untuk mengecualikan pembayaran sumbangan modal oleh pemaju swasta kepada Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut presidennya, Augustine Wong Chung Ho, ini ekoran beban yang perlu ditanggung oleh pemaju swasta untuk membayar kos pembinaan yang tinggi, lebih-lebih lagi pada masa yang penuh cabaran ketika ini.

“SHEDA menghargai pelaburan daripada Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan tempatan terutamanya pemaju harta tanah dalam SEB selama ini.

“Ini telah membolehkan sebuah syarikat utiliti kecil untuk berkembang menjadi syarikat utiliti serantau gergasi sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri and terus menyumbang pendapatan bagi rakyat Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Presiden SHEDA, Augustine Wong Chung Ho

Bagaimanapun kos pembinaan tidak dinafikan masih tinggi dan semakin meningkat.

Wong berkata, kerajaan ada mewujudkan Pengiraan Perubahan Harga (VOP) bagi projek-projek kerajaan untuk memastikan projek pembinaan masih dapat dilaksanakan.

Namun begitu, ia tidak mampu mewujudkan situasi sedemikian bagi pihak swasta yang terpaksa meneruskan projek-projek pembinaan dengan menanggung kos yang tinggi.

“SHEDA menyeru agar langkah-langkah ideal diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjana pendapatan terutamanya daripada empangan hidroelektrik agar dapat digunakan untuk projek pembangunan ekonomi tempatan,” jelas Wong.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan