Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Farkhis Fisol dan Harith Iskandar. Foto TVS

Penang FC II tunjuk semangat juang luar biasa

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 7 Mei: Penang FC II membuktikan semangat juang dan persefahaman pasukan yang tinggi dalam pertembungan dengan Kuching City FC-Miri pada perlawanan Piala Presiden 2025 di sini, hari ini.

Ketua jurulatih Penang FC II, Farkhis Fisol menzahirkan rasa bangga terhadap pasukannya walaupun masih baharu dibentuk dan tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah.

“Alhamdulillah, walaupun kami hanya sempat membentuk pasukan ini dalam tempoh empat minggu, para pemain menunjukkan semangat yang luar biasa.

“Inilah pemain-pemain yang sanggup berjuang,” katanya ketika ditemui TVS di Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong, Miri.

Farkhis turut mengakui Kuching City FC merupakan sebuah pasukan yang mantap namun beliau percaya pemainnya telah memberikan yang terbaik dengan berdepan cabaran apabila terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain seawal babak pertama.

“Saya sangat bangga kerana pasukan tetap bermain dengan disiplin tinggi hingga ke penghujung perlawanan. Malah kami mencipta beberapa peluang berbahaya walaupun dengan 10 pemain,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa pasukannya berada di landasan yang betul dan hanya memerlukan masa untuk terus memperkukuhkan keserasian dan corak permainan.

“Ini adalah pasukan muda yang berpotensi besar. Dengan bimbingan berterusan dan sokongan padu, saya yakin mereka mampu pergi jauh mungkin satu hari nanti ke pentas Liga Super,” ujarnya.

Sementara itu, kapten pasukan Penang FC II, Harith Iskandar turut meluahkan rasa bangga kerana berpeluang memberikan saingan hebat kepada Kuching City FC-Miri.

“Ia satu pengalaman yang sangat berharga buat saya dan seluruh pasukan,” katanya.

Harith menyeru rakan-rakan sepasukan agar terus berusaha dan kekal positif untuk perlawanan akan datang.

“Harapan saya adalah untuk kita terus tingkatkan prestasi, perbaiki kelemahan dan mencipta kejayaan bersama dalam perlawanan seterusnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan