Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan operasi gas memasak, atau Ops Gasak, bagi menggempur penyelewengan dan ketirisan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi, susulan banyak aduan diterima termasuk berkaitan penyalahgunaan LPG subsidi di premis seperti dobi. Foto Bernama

Kerajaan dicadang tangguh Ops Gasak terhadap pengusaha dobi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Pengusaha dobi hari ini mencadangkan kerajaan supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan Ops Gasak terhadap mereka berkaitan penggunaan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (Mula) Zarina Ismail berkata penangguhan pelaksanaan operasi itu perlu dilakukan sehingga sesi libat urus bersama pemain industri, khususnya persatuan dobi diadakan dan persetujuan dicapai.

“Peralihan kepada penggunaan LPG komersial yang berharga sekitar RM65 hingga RM70 bagi silinder seberat 14 kilogram adalah peningkatan lebih daripada dua setengah kali ganda berbanding kadar bersubsidi sebelum ini iaitu RM27 hingga RM30.

“Pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berisiko gulung tikar kerana tidak mampu menampung peningkatan kos yang mendadak, selain ia juga memberi impak langsung kepada kos sara hidup pengguna akibat kenaikan kos perkhidmatan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.

Turut hadir Setiausaha Agung Mula Mohd Hafizul Razali serta wakil Persatuan Dobi Malaysia (MLA) dan Persatuan Pengusaha Dobi Layan Diri Malaysia (PPDLDM).

Pada 18 April lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementerian akan melaksanakan Ops Gasak mulai 1 Mei bagi membanteras penyelewengan subsidi gas memasak.

Armizan berkata ketirisan subsidi gas memasak perlu ditangani segera kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan