Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dolla merupakan antara artis tempatan yang terlibat dengan Latihan Pestapora Malaysia pada 26 Julai depan. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Latihan Pestapora kolaborasi harmoni industri seni Malaysia, Indonesia

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Buat kali pertama festival muzik mega Indonesia, Pestapora mengembangkan sayapnya ke Malaysia menerusi penganjuran Latihan Pestapora Malaysia pada 26 Julai depan.

Bakal berlangsung di Lagoon Sunway Surf Beach Lagoon, acara itu akan menampilkan artis terkemuka kedua-dua negara termasuk Pamungkas, Kunto Aji, Dolla, Bunkface, Hindia dan Bittersweet.

Menurut Pengasas Hitman GRoup, Rohit Rampal konsert ini diadakan sebagai pra-konsert sebelum konsert utama Pestapora di Jakarta, September depan.

Barisan artis yang hadir sidang media Latihan Pestapora Malaysia di Ampang di sini hari ini. Foto, Yusuf Shukri (TVS).

“Festival ini akan diadakan setiap tahun iaitu sama ada pada Mei, Jun atau Julai.

“Kami bawakan festival ini kepada mereka yang ingin pergi ke Pestapora di Jakarta tetapi belum berkesempatan.Oleh itu, boleh jimat masa dan  perbelanjaan dengan hadir acara ini di Malaysia,” katanya pada sidang media acara itu di Ampang hari ini.

Setakat ini, Rohit mendedahkan sebanyak 35 peratus daripada jumlah keseluruhan tiket telah terjual dengan penganjur menganggarkan lebih 10,000 penonton akan memenuhi venue konsert itu nanti.

Latihan Pestapora Malaysia turut menampilkan artis-artis seperti Naki, Ismail Izzani, Empty Page, Aziz Harun, Yonnyboii, Sonaone, Feast dan Julia Duclos.

Tiga lagi artis belum diumumkan pada sidang media hari ini dan akan dimaklumkan sebelum temasya Latihan Pestapora Malaysia berlangsung.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan