Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus kewartawanan bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu kerja, malah dapat memperkukuh amalan kewartawanan beretika, khususnya dalam kalangan pengamal media berbahasa Cina. Foto hiasan Envato

AI perkukuh etika dan kecekapan media bahasa Cina – Teo

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kursus kewartawanan bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu kerja, malah dapat memperkukuh amalan kewartawanan beretika, khususnya dalam kalangan pengamal media berbahasa Cina, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata kursus seumpama itu turut menyediakan platform penting untuk memastikan komuniti media Malaysia, terutamanya media berbahasa Cina, kekal relevan, tangkas dan kompetitif dalam landskap penyiaran moden yang semakin dinamik.

Teo berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutup Kursus AI untuk Media: Pelaporan dan Kandungan untuk Pengamal Media Bahasa Cina anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), di sini.

“Kursus ini merupakan langkah penting dalam memperkasa pengamal media dengan ilmu serta kemahiran terkini dalam bidang AI,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sehingga 30 April lepas, IPPTAR telah menganjurkan 16 kursus melibatkan 742 peserta. Bagi tahun ini, IPPTAR menyasarkan pelaksanaan 80 kursus dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta, termasuk 24 kursus berkaitan AI.

“Saya yakin, ilmu dan pendedahan yang diperoleh menerusi kursus ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkembang, menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan menjadi ejen transformasi dalam organisasi masing-masing,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan