Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Foto fail TVS

Tiong pertahan program pengecualian visa, gesa penguatkuasaan lebih tegas

ByBernama

SIBU, 7 Mei: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan program pengecualian visa bagi tempoh 90 hari untuk warganegara China, sambil menggesa agar tumpuan diberikan kepada aspek penguatkuasaan berbanding memansuhkan dasar yang memanfaatkan ekonomi negara.

Tiong dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan haram adalah isu sejagat dan tidak wajar dijadikan alasan untuk menggugat dasar yang bertujuan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Daripada mempertikai pelaksanaan pengecualian visa ini, kita sepatutnya fokus kepada usaha mempertingkat penguatkuasaan dan pemantauan bagi membendung penyalahgunaannya,” katanya.

Beliau berkata pengecualian visa telah memberikan sumbangan yang ketara terhadap pemulihan ekonomi, khususnya dalam industri makanan dan minuman, hospitaliti, logistik serta perkhidmatan.

Kemudahan perjalanan yang lebih baik, katanya telah membuka lebih banyak peluang perniagaan dan memperluas pelanggan dalam kalangan usahawan tempatan.

Tiong memberi amaran kepada badan bukan kerajaan dan persatuan supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi dasar kerajaan terutama yang dirangka menerusi kajian terperinci dan kolaborasi pelbagai agensi.

“Kritikan tidak berasas dan menolak inisiatif seumpama ini adalah tidak bertanggungjawab. Ia menjejaskan usaha dan niat sebenar di sebalik proses pembentukan dasar kita,” katanya.

Sambil mengakui terdapat segelintir individu mungkin menyalahgunakan pengecualian visa itu untuk menjalankan aktiviti perniagaan tidak sah, beliau berkata langkah yang wajar adalah penguatkuasaan yang tegas, bukannya membatalkan dasar tersebut.

“Agensi penguatkuasaan perlu mempertingkat usaha dan bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang. Orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan melaporkan sebarang salah laku kepada pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas mengenai video mengelirukan menerusi TikTok yang menyarankan kerajaan mungkin membatalkan pengecualian visa susulan peningkatan pelancongan dari China, Tiong berkata beliau telah menghubungi Kedutaan China untuk siasatan lanjut, sambil menggesa agar kandungan di media sosial dikongsikan dengan lebih jelas dan bertanggungjawab.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan